
Tragedi yang meragut nyawa seekor anak gajah jantan di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli kini menjadi perhatian hangat selepas satu video menyayat hati tular di media sosial.
Menurut laporan Kosmo, anak gajah itu kelihatan bermain manja bersama ibunya di tepi jalan sebelum dilanggar lori muatan ayam menerusi video yang dimuat naik oleh @zaquan.
Ni anak gajah yang kena langgar semalam. Masa lalu, dia main tepi jalan je dengan mak dia.
Video undang sebak netizen
Beberapa jam sebelum tragedi, anak gajah ini masih bermain di tepi jalan bersama ibunya. Siapa sangka itu momen terakhir mereka bersama. #thenewsmalaysia . Sumber tiktok __zaquan__ #fyp
Rakaman tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan dengan puluhan ribu tanda suka dan perkongsian. Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan geram selepas mengetahui insiden yang berlaku tidak lama selepas rakaman tersebut diambil.
Dia tak tahu itu ‘moment’ terakhir dia dengan ibunya.
Kalau kereta boleh perlahan, kenapa lori tak boleh?
Netizen nampak anak gajah sebelum kejadian

Seorang pengguna bernama Zuwieta turut berkongsi pengalaman apabila melihat anak gajah itu bersendirian pada sebelah petang hari kejadian.
Saya pun lalu jalan tu. Rasa menyesal tak halau dia balik hutan. Kalau tak, mesti dia hidup lagi.
Pssttt! Hidupan liar juga punya rasa dan keluarga. Bila kita masuk ke kawasan mereka, belajarlah untuk perlahan, peka dan hormat. Jangan tunggu tragedi baru timbul kesedaran.
Kredit: Kosmo | Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.
