Data awal pelarian Myanmar menerusi DPP akan dikeluar suku keempat tahun ini – Saifuddin

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 11:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Data awal pelarian Myanmar menerusi DPP akan dikeluar suku keempat tahun ini – Saifuddin

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan data awal jumlah pelarian Myanmar menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) menjelang suku keempat tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang melaksanakan proses pengumpulan data berkenaan bersama pihak berkaitan.

“Saya jangkakan data yang pertama akan kami peroleh pada suku keempat tahun ini, sekarang dah bulan Ogos. Berapa pun jumlahnya saya akan berkongsi dengan media nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelepasan Konvoi Jelajah Star City FC di sini hari ini.

Katanya, individu yang dikenal pasti sebagai pelarian akan menjadi keutamaan bagi urusan penghantaran pulang menerusi tindakan oleh Wisma Putra.

Saifuddin berkata, jika mereka (pelarian) itu sah berstatus pelarian maka mereka tentunya antara kumpulan awal yang akan di uruskan penghantaran.

“Yang itu (kumpulan awal) akan dikendali oleh Wisma Putra. Kami hanya menjalankan pendataan.

“Kita kena ada mekanisme untuk reach out mereka ni, hebahkan bahawa Kerajaan Malaysia sedang melakukan pendataan dan kita akan minta tampil ke hadapan,” katanya.

Saifuddin Nasution menjelaskan pendataan pelarian bukan tertumpu kepada pelarian Myanmar sahaja tetapi meliputi semua mereka yang dikenal pasti ada di negara ini.

Media sebelum ini melaporkan, KDN menerusi JIM sedang melaksanakan program DPP bagi mengurus isu golongan itu secara tersusun, selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 (Semakan 2023).

KDN memaklumkan program itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti lebih tepat, lengkap dan boleh disahkan mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian. –UTUSAN

The post Data awal pelarian Myanmar menerusi DPP akan dikeluar suku keempat tahun ini – Saifuddin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved