Tiga pelarian Myanmar ditahan bantu siasatan kes seksual wanita OKU di Chukai

9 Aug 2026 • 8:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tiga pelarian Myanmar ditahan bantu siasatan kes seksual wanita OKU di Chukai

Polis menahan tiga lelaki pelarian Myanmar bagi membantu siasatan kes seksual melibatkan seorang wanita OKU berumur 23 tahun di Chukai, Kemaman.

CHUKAI: Tiga pelarian Myanmar bekerja sebagai buruh binaan dan kebersihan ditahan bagi membantu siasatan kes seksual melibatkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Mohd Rosli berkata ketiga-tiga lelaki berumur lingkungan 19 hingga 28 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima pihaknya daripada seorang wanita berusia 20 tahun pada Jumaat lepas.

“Ketiga-tiga suspek ditahan reman bermula 8 hingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis perlu memperhalusi siasatan dan memberi ruang serta masa secukupnya kepada mangsa yang berusia 23 tahun sebelum siasatan dilengkapkan kerana wanita itu adalah OKU intelektual.

Selain itu, Mohd Razi berkata pihaknya mengesan penularan video di media sosial TikTok pada kira-kira 8.30 malam semalam yang memaparkan orang ramai berkumpul di hadapan Flat Kampung Enjin Gergaji di sini susulan kes berkenaan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved