Data Hampir 1 Juta Pengguna Malaysia Dilaporkan Tertiris Melalui Sistem POS StoreHub

TechnologyDigital
16 Jun 2022 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

StoreHub merupakan salah satu sistem POS yang digunakan pada pelbagai kedai-kedai dan restoran di Malaysia. Ia menawarkan kemudahan pengurusan pembayaran dalam kedai, termasuk pengurusan pelanggan.

Apa pun, agak mengejutkan apabila kini ia dilaporkan oleh SafetyDetectives, mengatakan data lebih 1 juta pelanggan Malaysia tertiris melalui sistem StoreHub.

Ia dikatakan data tertiris melalui pelayan StoreHub yang tidak dilindungi oleh kata laluan atau penyulitan. Data yang tertiris melibatkan data ribuan restoran dan kedai, bersama data pekerja mereka, dan hampir 1 juta data pelanggan.

Data yang tertiris termasuk nama penuh, nombor telefon, alamat, peranti digunakan, termasuk data transaksi dan pembelian. Ketirisan ini dikatakan telah dikenali pasti pada 12 Januari 2022 lepas, dan turut telah dilaporkan kepada MyCERT.

Menyentuh mengenainya, StoreHub mengatakan tiada ketirisan data yang berlaku, tetapi mereka telah membaik-pulih pelayan dan menutup kerentanan yang membuatkan pelayan mereka tidak ditutup.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved