Data mudah bocor guna MyKad

LocalTechnology
1 Sep 2026 • 9:18 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Data mudah bocor guna MyKad

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Siber Malaysia mencadangkan kerajaan untuk memanfaatkan penggunaan MyDigital ID berbanding MyKad atau pasport bagi pengesahan usia untuk pendaftaran dan pemilikan akaun media sosial.

Presidennya, Mohamad Sirajuddin Jalil berkata, terdapat perbezaan bagi pengesahan usia dan pengesahan identiti, sekali gus penggunaan MyDigital ID dilihat langkah terbaik bagi tujuan itu.

“Pandangan saya kepada kerajaan untuk membuat pengesahan sendiri menggunakan MyDigital ID. Kemudian boleh keluarkan slip menunjukkan kita lepas dan lulus untuk pengesahan.

“Jadi boleh dimuat naik di media sosial berbanding muat naik MyKad itu, ia merujuk kepada pengesahan identiti,” katanya kepada Kosmo!.

Image from: Data mudah bocor guna MyKad
Mohamad Sirajuddin

Beliau turut menyuarakan kebimbangan sekiranya perlu memuat naik MyKad, lebih-lebih lagi jaminan keselamatan dari segi kebocoran maklumat diri pemilik kad pengenalan itu.

“Bagaimana jika berlaku kebocoran data dan penyalahgunaan platform media sosial bila kita perlu memuat naik MyKad, sudah tentu risiko kepada rakyat.

“Data media sosial juga boleh membentuk kecenderungan diri, ditambah lagi AI (teknologi kecerdasan buatan) mampu menganalisis kita. Contohnya (apa yang dimuat naik) pada 2010.

“Macam mana kalau data ini bocor, terlepas kepada scammer dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menekankan pe­ranan ibu bapa dalam memantau penggunaan peranti dan gajet oleh anak-anak, khususnya bagi memastikan ia tidak disalahgunakan serta memberi kesan negatif terhadap mereka.

Kosmo! semalam melaporkan golongan yang berusia 16 tahun ke bawah didapati masih boleh mendaftar akaun media sosial dengan hanya memalsukan tahun kelahiran mereka kerana tiada pengesahan identiti diwajibkan sama ada melalui MyKad atau pasport.

Hasil cubaan wartawan ­Kosmo! mendaftar akaun baharu Facebook mendapati, platform itu akan menyekat pendaftaran bagi pengguna yang meletakkan umur di bawah 16 tahun, namun akaun masih boleh didaftarkan jika mereka memalsukan tahun kelahiran.

The post Data mudah bocor guna MyKad appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved