Data pengguna TM diceroboh, pelanggan Unifi diminta berjaga-jaga

13 Jul 2023 • 9:42 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Data pengguna TM diceroboh, pelanggan Unifi diminta berjaga-jaga

zulfadli

13/07/2023 - 09:42

KUALA LUMPUR 13 Julai - Telekom Malaysia Berhad (TM) mengingatkan para pelanggan Unifi supaya berhati-hati dengan taktik pancingan data termasuk penipuan dalam talian, pautan yang mencurigakan dan panggilan telefon yang tidak dikenali.

TM berkata, pihaknya mengesahkan baru-baru ini tentang pelanggaran data melibatkan maklumat peribadi pelanggan Unifi termasuk nama, nombor pengenalan/pasport dan butiran peribadi, namun tiada maklumat kewangan terjejas.

Katanya, syarikat itu mengesahkan bahawa isu tersebut telah dibendung dan langkah proaktif diambil untuk melindungi data di seluruh platformnya.

"TM telah menghantar pemberitahuan kepada pelanggan yang memaklumkan mereka tentang perkara tersebut.

Katanya, pihaknya juga telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa berkenaan seperti Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4) Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) .

"TM memberi jaminan kepada semua pelanggannya bahawa perkhidmatan Unifi kekal beroperasi sepenuhnya tanpa kesan kepada penggunanya," katanya. - DagangNews.com