Netfix Di Unifi TV : Pek Ultimate Plus Hadir Dengan Pelan Netflix Basic, Ultimate Max Dengan Netflix Standard

TechnologyDigital
23 Jun 2023 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia sedia mengumumkan pengenalan perkhidmatan penstriman Netflix melalui Unifi TV, sekaligus memudahkan lagi pengurusan bil perkhidmatan penstriman pengguna melalui hanya satu bil.

Terkini, berkongsi lanjut, TM berkongsi dimana langganan pek Unifi TV Ultimate Plus hadir dengan pelan Netflix Basic, sementara pelan Unifi TV Ultimate Max pula hadir dengan pelan Netflix Standard.

Pelan Netflix Basic menawarkan akses kepada satu peranti pada sesuatu masa pada resolusi mencapai 720p, sementara pelan Netflix Standard pula menawarkan akses kepada 2 peranti pada sesuatu masa dengan resolusi 1080p.

image is not available

TM turut menyediakan kemudahan untuk menaik-taraf ke pelan Netflix lain dengan bayaran tambahan. Sebagai contoh, dari pelan Netflix Standard ke Netflix Premium, pengguna perlu membayar RM10 sebulan.

image is not available

Buat masa ini, harga yang ditawarkan adalah harga promosi, dan TM turut mengatakan mereka akan hadir dengan harga penawaran langganan Netflix bersama Unifi Home tidak lama lagi, tanpa perlu melanggan Unifi TV.