Data Peribadi Bocor: Khairul Aming Buat Laporan, Peguam Hantar LOD Kepada Maxis

LocalTechnology
22 Jul 2026 • 3:57 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Data Peribadi Bocor: Khairul Aming Buat Laporan, Peguam Hantar LOD Kepada Maxis

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial pendedahan seorang pengguna wanita di Threads yang mendakwa influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming mempunyai tunggakan bil telefon berjumlah RM498 sehingga mengundang persoalan pempengaruh itu sendiri.

Namun, syarikat telekomunikasi, Maxis dalam satu hantaran di Facebook memohon maaf dan menjelaskan pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung isu tular itu.

Khairul Aming Hantar LOD Kepada Maxis, Turut Buat Laporan Kepada MCMC & Polis

Terbaharu, Khairul Aming yang juga merupakan pencipta kandungan (content creator) menjelaskan dia telah meminta peguamnya menghantar surat tuntutan (LOD) kepada syarikat telco terbabit.

Perkara itu dikongsikan olehnya dalam satu hantaran di Threads sebentar tadi.

Apa yang menjadi perhatian, dia juga turut mengambil beberapa tindakan seperti membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Malah, laporan polis turut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuka siasatan ke atas pelaku.

Kongsi pemenang Anugerah TikTok 2023 itu lagi, dia turut membuat laporan mengenai kebocoran data kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Kes Akan Diambil Alih Sepenuhnya Oleh Peguam, KA Sedih & ‘Seram’ Dengan Kebocoran Data Peribadi

Kongsi pempengaruh itu lagi, peguamnya kini akan mengambil alih isu berkenaan sehingga selesai.

Malah, insiden tersebut telah mengundang rasa sedih dan takut dalam diri Khairul Aming dek kerana maklumat peribadinya telah dibocorkan.

“Peguam-peguam saya akan takeover case ni sehingga selesai. Sejujurnya rasa sedih & seram sebab semudah tu je privacy hidup boleh hilang.

“Details telefon, payment history, subscription, sampai ke no IC boleh akses MySara, semuanya bocor,” katanya.

View on Threads

Terdahulu, Khairul Aming mempersoalkan bagaimana maklumat mengenai bil telefon peribadinya boleh diketahui oleh pihak lain sehingga ia didedahkan di media sosial.

Malah, pempengaruh itu menyifatkan ia satu isu besar apatah lagi melibatkan privasinya dan berpendapat berhak untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Isu itu nyata mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang meminta MCMC menyiasat dakwaan kebocoran data pempengaruh itu.

Walau bagaimanapun, Maxis dalam satu kenyataan telah membuat permohonan maaf dan menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.

Malah, Maxis mendakwa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden terbabit dan tindakan segera termasuk undang-undang sedang diambil.

Baca Artikel Berkaitan:

Isu Bil Telefon Khairul Aming Bocor: Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved