Sedih & seram! Khairul Aming buat 4 laporan, hantar LOD kepada Maxis

LocalTechnology
22 Jul 2026 • 3:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan kebocoran data peribadinya dengan membuat empat laporan kepada pihak berkuasa serta menghantar surat tuntutan (Letter of Demand, LOD) kepada syarikat telekomunikasi, Maxis.

buat laporan empat laporan kebocoran data

Menerusi hantaran di platform Threads, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin bin Kamarulzaman, 34 memaklumkan peguamnya telah menghantar LOD kepada Maxis selain membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Image from: Sedih & seram! Khairul Aming buat 4 laporan, hantar LOD kepada Maxis

Peguam ambil alih kes

Dalam pada masa sama, dia turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap individu yang dipercayai terlibat.

Selain itu, laporan berhubung dakwaan kebocoran data peribadinya turut dikemukakan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi tindakan lanjut mengikut saluran yang sewajarnya.

Khairul Aming menyatakan kes berkenaan kini diserahkan sepenuhnya kepada pasukan peguamnya untuk menguruskan segala tindakan sehingga selesai.

“Peguam-peguam saya akan mengambil alih kes ini sehingga selesai, sejujurnya saya rasa sedih dan seram kerana semudah itu sahaja privasi hidup boleh hilang.
“Butiran telefon, sejarah pembayaran, rekod langganan sehingga nombor kad pengenalan yang boleh mengakses MySara, semuanya bocor,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Maxis sebelum ini memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden akses tanpa kebenaran terhadap butiran akaun seorang pelanggan yang tular di media sosial sejak Isnin.

Syarikat telekomunikasi itu turut memaklumkan tindakan segera sedang diambil terhadap individu berkenaan.

Terdahulu, Khairul Aming mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.

Dia juga meminta penjelasan daripada Maxis berhubung dakwaan kebocoran maklumat bil telefon peribadinya yang dikaitkan dengan seorang pengguna media sosial, sebelum mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang melalui peguamnya.

Sumber: Thread khairulaming
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved