Data peribadi Khairul Aming bocor: JPDP buka siasatan

LocalTechnology
22 Jul 2026 • 2:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Data peribadi Khairul Aming bocor: JPDP buka siasatan
Laporan Sinar Harian pada Selasa berhubung Khairul Aming yang mempersoalkan maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain.

PUTRAJAYA – Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) membuka siasatan terhadap penzahiran tanpa kebenaran butiran akaun dan bil telefon pelanggan Maxis yang tular di media sosial, susulan insiden membabitkan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming.

JPDP dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, siasatan sedang dijalankan di bawah Prinsip-Prinsip Perlindungan Data Peribadi serta Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) berhubung pengumpulan atau penzahiran data peribadi secara menyalahi undang-undang.

Menurut jabatan itu, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap Akta 709.

"JPDP memandang serius penzahiran tanpa kebenaran terhadap butiran akaun dan bil telefon pelanggan Maxis di media sosial," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, JPDP menegaskan setiap pengawal data hendaklah mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi, termasuk memastikan data peribadi pelanggan dilindungi daripada akses dan penzahiran tanpa kebenaran.

Katanya, pengawal data turut diingatkan supaya sentiasa memperkukuh langkah keselamatan teknikal dan organisasi bagi melindungi maklumat pelanggan daripada sebarang pencerobohan atau kebocoran.

"Pengawal data turut diingatkan supaya sentiasa memperkukuh langkah keselamatan teknikal dan organisasi serta memastikan infrastruktur penyimpanan data dan sistem rangkaian berada pada tahap keselamatan yang sewajarnya," menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ini data peribadi saya' - Khairul Aming persoal kebocoran bil telefon di Threads

Data peribadi bocor: Khairul Aming buat empat laporan, hantar LOD kepada Maxis

Fahmi arah MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming

JPDP berkata, pematuhan terhadap Akta 709 bukan sahaja menjadi tanggungjawab pengawal data, malah penting bagi memastikan hak pemilik data peribadi terus dilindungi.

Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar hantaran seorang wanita yang memaklumkan tunggakan bil telefon Maxis milik Khairul Aming, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keselamatan data peribadi pelanggan.

Susulan insiden itu, Maxis memaklumkan sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan menegaskan syarikat memandang serius sebarang dakwaan membabitkan keselamatan serta kerahsiaan data pelanggan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved