Datang Ceramah Dengan Mak Ayah OKU, Anak Guna Bahasa Isyarat Untuk Jadi Pengantara

Family & Parenting
19 Jul 2024 • 12:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok seorang remaja bersungguh-sungguh menggunakan bahasa isyarat untuk ibu bapanya ketika mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad.

Difahamkan, remaja yang dikenali sebagai Nabil Nazrol menggunakan bahasa tersebut supaya ibu dan bapanya dapat memahami pengisian ceramah kerana mereka adalah Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu.

Dalam video tersebut, pasangan tersebut itu khusyuk melihat anaknya dan mengangguk sebagai tanda faham.

Nabil juga menjelaskan video tersebut telah dirakam oleh orang lain yang kagum dengan situasi tersebut.

Ya Allah comelnya, besar pahala kau bang

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen terharu kerana berusaha untuk memastikan ibu bapanya tak terlepas mendegar ceramah bermanfaat itu.

image is not available

image is not available

Terbaiklah ada anak macam ni. Bersungguh-sungguh guna bahasa isyarat demi mak ayah yang OKU.Semoga syurga buat dia dan keluarga.

image is not available

Jap!