Datang kenduri rumah orang, ‘terhegeh-hegeh’ nak karaoke

24 Aug 2026 • 5:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Datang kenduri rumah orang, ‘terhegeh-hegeh’ nak karaoke

PETALING JAYA – Orang ramai mengecam tindakan segelintir tetamu kenduri kahwin yang didakwa tidak beradab mahu berkaraoke di dalam majlis, sedangkan ia bukan di dalam aturcara oleh tuan rumah. 

Kecaman itu selepas seorang pengacara menerusi hantaran Threads Emcee Saiful meluahkan tindakan seorang tetamu yang mendesaknya untuk memberikan anaknya menyanyi pada satu majlis kahwin. 

“Kau datang sini untuk memenuhi jemputan majlis. Jadi datang makan, tegur sapa dan balik lah. Ni datang jumpa aku nak bagi anak menyanyi, konon-konon anak masuk Bintang Kecil la, apa la. 

“Aku tak kisah pun siapa anak kau tu, aku jumpa pengantin nak dapatkan kebenaran tuan majlis boleh ke anak kau nyanyi. Bila pengantin dah buat keputusan tak bagi anak kau nyanyi, aku pula yang kau marah. 

“Nak tarik muka, adoi. Macam ni pun ada ke? Adakah emcee (pengacara majlis) lain juga pernah kena macam ni?,” katanya pada hantaran itu. 

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk daripada pengacara majlis yang berdepan masalah sama. 

“Ya Allah bang aku pernah kena. Dia kata permintaan daripada pengantin nak anak dia nyanyi. Jadi saya pun bagi lah. Waktu pengantin makan, muka macam terkejut. Pengantin panggil saya tanya, ‘siapa bagi budak ni nyanyi’. Si pengantin perempuan muka dah lain, nasib diorang tak marah saya,” komen Meyykhairul. 

“Banyak kali dah kena. Kalau dia banyak cakap sangat, cakap pengantin bayar saya, jadi saya kena ikut keputusan pengantin,” kata Emcee Safura. 

“Majlis kahwin tu nak raikan pengantin, bukan pusat hiburan karaoke,” komen Fairus Sari. – KOSMO! ONLINE

The post Datang kenduri rumah orang, ‘terhegeh-hegeh’ nak karaoke appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved