Datang Malaysia Dok Dengar Orang ‘Bising’ Pasal RXZ Members, Ini Kata Pelancong 

LocalTravel
19 Aug 2025 • 9:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Datang Malaysia Dok Dengar Orang ‘Bising’ Pasal RXZ Members, Ini Kata Pelancong

Bila sebut saja pasal RXZ Members, orang Malaysia memang tak pernah tak ‘kecoh’.

Program tahunan yang cukup sinonim dengan penggemar motosikal Yamaha RXZ ini sudah jadi semacam fenomena.

Siapa sangka, pelancong yang datang ke negara kita pun ada yang tertarik nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Baru-baru ini, seorang pelancong asing mencuri perhatian netizen selepas memuat naik video di TikTok @terrypernell.

Dalam video itu, dia dilihat teruja bertanyakan kepada rakyat Malaysia:

“Okay Malaysia. Tolong beritahu kami apa yang sedang berlaku pada 22-23 Ogos di Terengganu?”

Katanya, sepanjang berada di Malaysia dia sudah terbiasa dengar orang bercakap tentang pantai yang indah dan budaya yang cukup unik.

Tapi kali ini lain macam, sebab dia mula terdengar pula cerita pasal satu program besar yang katanya cukup popular dan dinanti-nantikan ramai.

@terrypernell

Okay Malaysia Big event coming up August 22–23 in Terengganu. We keep hearing about the beaches, the culture, and now this massive program. What’s really happening on the East Coast? Drop the details #OkayMalaysia #Terengganu #VisitMalaysia2026 #travelwithterryp

♬ original sound – EducationMalaysia – EducationMalaysia

Rasa ‘tercabar’ nak pergi

Apa yang lebih menarik, dalam video lain, jelas lelaki ini kelihatan bersemangat nak join program ini dan tengok dengan mata sendiri.

Mungkin, terlalu banyak komen netizen di video pertamanya membuatkan dia rasa ‘tercabar’ pula untuk melihat sendiri suasana di Terengganu pada tarikh berkenaan.

@terrypernell

Replying to @UltraGirl Okay Malaysia y’all told me about this ‘skating’ culture… now I just found out RXZ Members 7.0 is happening Aug 22 & 23 in Terengganu. 100,000 people?? That’s insane. Am I really ready for this?? #RXZMembers7 #T#TerengganuV#VisitMalaysia2026M#MalaysiaEventsSkatingCulture

♬ Laugh Laugh Laugh – Vinay Patak

Who “kental” will be reach.” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen kita yang tak lepaskan peluang beri penerangan kepada lelaki ini.

“Awak mesti ada pada waktu itu, sebab ia akan jadi acara yang luar biasa dan suasananya memang takkan jumpa di negara lain.”

“Ini sebenarnya perhimpunan moped 2 stroke bikes yang dikenali sebagai Yamaha RXZ, sebuah motor yang sangat popular pada era 80-an dan 90-an. Peminat dari seluruh Malaysia akan berkumpul di sana… Kalau awak berada di Terengganu ketika itu, suasananya memang bising dan penuh dengan asap.”

Namun, seperti biasa, komen netizen Malaysia memang tak pernah mengecewakan. Ada yang siap ‘menggoda’ pelancong itu untuk rasai sendiri suasana pada hari berkenaan.

The weng weng event. 2 stroke motorcycle fly away.”

“I ada 2 biji RXZ. Kalau ada lesen memandu international, aku bagi rasa naik RXZ. Kalau nak join hello hello ja. Yang kental pasti sampai.”

Menariknya, netizen juga ambil kesempatan untuk mempromosikan makanan serta budaya Malaysia kepada pelancong asing tersebut.

Ada yang siap senaraikan menu panjang berjela seperti keropok lekor, cendol, ABC, tepung pelita, daging salai masak lemak cili api dan macam-macam lagi.