Datang Nak Beraya Bersama, Keluarga Terkejut ‘Kekasih Berpurdah’ Adik Rupanya Lelaki

29 Mar 2025 • 1:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki berdepan kejutan besar apabila kekasih berpurdah yang baru dikenali selama tiga minggu rupa-rupanya seorang lelaki apabila kantoi sewaktu datang ke kediaman keluarga untuk beraya bersama.

Menerusi perkongsian yang dibuat kakak kepada pemuda berkenaan dikenali sebagai Maya Syuhada Rosley di Facebook, dia memaklumkan yang perkara itu sangat mengejutkan lebih-lebih algi apabila mereka sekeluarga hampir menerima individu itu sebagai bakal menantu.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=9574965999215993&set=pcb.9574967805882479

Nak beraya bersama, sebab tiada mak ayah & mengaku mualaf

Ujarnya, ‘gadis’ berpurdah yang dikenali sebagai Hidayah mendakwa berasal dari Sabah, anak yatim piatu dan tiada adik-beradik serta seorang mualaf.

Pada awalnya mereka tidak mengesyaki apa-apa, lebih-lebih lagi sewaktu Hidayah menyatakan hasrat mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga Maya di Pontian, Johor.

image is not available

Datang nak beraya bersama, berpurdah tapi berbeza dengan gambar

Namun, setibanya di rumah, pengguna Facebook mula curiga dengan penampilan fizikal Hidayah yang kelihatan berbeza daripada yang dibayangkan.

Rasa ragu semakin kuat apabila individu itu mengelak daripada menampakkan wajahnya, malah berkeras mahu tidur dengan purdah terikat.

image is not available

Tidur tak buka purdah, sekali terkantoi juga

Susulan daripada rasa tidak sedap hati, rahsia yang disembunyikan terbongkar apabila purdahnya terlucut ketika tidur.

Saat itulah keluarga Maya terkejut besar memandangkan ‘bakal menantu’ yang disangka gadis bertudung litup rupanya seorang lelaki!

image is not available

IC dan dokumen dedah status sebenar

Lebih mengejutkan, kad pengenalan yang ditemui mengesahkan perkara itu.

Mereka sekeluarga tersebut segera mendapatkan bantuan polis dan individu berkenaan akhirnya mengakui statusnya sebagai khunsa sambil bertutur dengan suara garau.

image is not available

Keluarga syak kena ilmu hitam

Dalam pada itu, keluarga Maya turut mendakwa mereka mungkin terkena ilmu pukau kerana terlalu mudah menerima individu itu tanpa sebarang syak.

image is not available

Perkongsian yang dinyatakan Malaya ini mungkin bolehmenjadi peringatan kepada semua agar lebih berhati-hati dalam mengenali seseorang, terutama dalam dunia yang serba moden ini.

Sumber: Facebook Maya Syuhada Rosley