Datasonic terima lima sambungan kontrak KDN berjumlah RM181.66 juta

4 Jun 2024 • 6:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Datasonic terima lima sambungan kontrak KDN berjumlah RM181.66 juta

johardy

04/06/2024 - 18:28

KUALA LUMPUR 4 Jun - Datasonic Group Bhd telah menerima lima lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjumlah RM181.66 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Datasonic berkata pelanjutan kontrak itu adalah untuk tempoh enam bulan dari 1 Jun 2024 hingga 30 Nov, 2024.

Syarikat itu berkata ia menerima lanjutan bagi pembekalan kad mentah dan bahan guna MyKad, MyTentera dan MyPOCA kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk nilai kontrak siling tambahan RM27.81 juta.

image is not available

Ia juga menerima lanjutan kontrak untuk pembekalan cip pasport Malaysia (bernilai RM59.77 juta), dokumen pasport Malaysia (RM29.81 juta) dan muka surat biodata polikarbonat (RM52.70 juta) kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Selain itu, Datasonic juga menerima lanjutan bagi pindaan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif pusat pemperibadian kad di JPN, bernilai RM11.57 juta. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved