Pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abd Halim meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dapat bersatu semula dengan isterinya, Datin Lisa Surihani selepas selesai menunaikan ibadah haji.
Menurut Yusry, dia dan Lisa turut merancang kejutan istimewa buat anak-anak mereka sempena kepulangan Lisa dari Tanah Suci.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah dah selesai ibadah haji dia, anak-anak juga ada disini cuma mereka lupa kot pasal tarikh.”
“Sebab cakap pergi airport nak jemput sepupu mereka. Mungkin mereka tak perasaan. Tak sabar nak tengok reaksi mereka nanti,” katanya.
Dalam masa sama, Yusry mengakui anak-anak mereka sememangnya sangat merindui Lisa dan tidak sabar untuk bertemu ibu mereka semula.
“Memang rindu, satu keluarga rindu Lisa, tapi kita tahu dia ke sana bukan untuk bercuti tapi untuk menunaikan ibadah. Kita tak kacau dia kat sana dan bila dah selesai baru kita datang.”
“Mereka menghitung hari sebenarnya. Mereka asyik tanya bila ibu mereka nak balik,” tambahnya.
Terdahulu, Lisa selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, Lisa menunaikan ibadah tersebut seorang diri tanpa ditemani Yusry selepas rayuan visa suaminya itu tidak berjaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kami Tak Ada Chemistry.." - Sheila Rusly Dedah Tidak Punya Hubungan Rapat Dengan Mentua
The post Datin Hajah Lisa Surihani Selesai Haji, Ramai Sebak Lihat Yusry Dan Anak-Anak Sambut Ketibaan Di ‘Airport’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




