Datin Intan Najuwa Buka IG Baru Jual Barang ‘Preloved’, Netizen Terkesima Tengok Harga – “Kita Bukan ‘Target Market’ Dia”

EntertainmentLifestyle
17 Nov 2025 • 11:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Intan Najuwa menjadi perhatian ramai selepas membuka akaun khas, @intansspreloved, untuk menjual barangan peribadi miliknya sebelum berpindah rumah.

Difahamkan, koleksi preloved yang dijual bukan biasa-biasa kerana merangkumi pelbagai barangan mewah, termasuk perfume, alat solek, pakaian, kasut tumit tinggi, penjagaan badan serta aksesori berjenama tinggi. Menariknya, kebanyakan item hanya dipakai sekali sahaja atau langsung tidak pernah digunakan.

Advertisement

View this post on Instagram

Namun, apa yang paling mencetuskan perbualan hangat ialah harga yang ditawarkan. Ramai netizen mengakui terkejut melihat nilai beberapa barangan yang dijual, terutama untuk jenama mewah.

image is not available
image is not available

Antara komen yang mencuri tumpuan termasuk:

“Tengok preloved Intan Najuwa. Mak ai coat dia harga RM25k… berapa juta ada dalam akaun dia?”

“Selipar dia harga lima ribu. Aku Skechers RM200 pun pakai sampai tapak flat.”

Walaupun ada yang berseloroh tidak mampu membeli barangan tersebut, ramai juga memahami bahawa harga preloved selebriti memang lazimnya tinggi sepadan dengan nilai asal yang mencecah ribuan hingga puluhan ribu ringgit.

Akaun preloved itu kini terus menarik perhatian peminat yang ingin memiliki barangan eksklusif milik pelakon jelita tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-17 10:55:16

5 Bulan Kahwin Dah Goyah, Amylea Azizan Buka Mulut Isu Perceraian - "Dia Belum Sedia Jadi Suami"

The post Datin Intan Najuwa Buka IG Baru Jual Barang ‘Preloved’, Netizen Terkesima Tengok Harga – “Kita Bukan ‘Target Market’ Dia” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article