Datin Patimah Tinggalkan Komen ‘Pedas’ Di Video Hafidz Roshdi Sayang Anak

3 Mar 2023 • 12:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pelakon, Hafidz Roshdi nampaknya kekal tenang walaupun sudah agak kecoh tentang dakwaan dirinya menumbuk wajah isterinya.

Semalam Hafidz telah memuat naik satu video di Instagram yang menunjukkan dia bersama dua orang anaknya, Humairah dan Umar kelihatan bermesra dan langsung tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai insiden terhadap bekas isterinya itu.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga telah mengesahkan bahawa Hafidz telah menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran.

Terbaru! Video yang dimuat naik Hafidz itu menjadi perhatian apabila ibu mertua kepada Puteri Sarah, Datin Patimah turut meninggalkan komen di sebuah portal yang menceritakan tentang insiden terbabit.

image is not available

Ramai rupanya lelaki dayus.

Rasanya ramai yang dah tahu, Datin Patimah ni sangat menyokong menantunya, Puteri Sarah untuk berjuang demi mempertahankan hak wanita teraniaya. Apa pandangan korang?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.