Selepas Curang Dan Ceraikan Isteri, Hafidz Roshdi Didakwa Tumbuk Muka Nurul Shuhada Sehingga Cedera

Entertainment
3 Mar 2023 • 11:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hafidz Roshdi dan tangkapan layar Instagram Nurul Shuhada - Gambar Instagram

Nampaknya kemelut rumah tangga di antara Hafidz Roshdi bersama bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada masih berlarutan dan tiada kesudahan. 

Terbaharu, aktor itu  dilaporkan telah menumbuk muka bekas isterinya itu sehingga cedera dan susulan daripada itu, ia telah menjadi kes polis. 

Menerusi laporan yang dikeluarkan akhbar tempatan, ahli keluarga kepada Shuhada telah mengesahkan bahawa dia ditumbuk sebanyak tiga kali di bahagian muka oleh Hafidz selepas kedua-dua mereka bertengkar sewaktu bertemu untuk berbincang.

Nurul Shuhada kemudiannya di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan terpaksa menerima jahitan di muka akibat cedera ditumbuk. Laporan polis juga telah dibuat oleh dua ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu. 

Terdahulu, Nurul Shuhada sempat memuatnaik hantaran di Instagram memberi gambaran bahawa dia telah mengalami kecederaan akibat dipukul kerana terdapat balutan di wajahnya. 

image is not available
Tangkapan layar Instagram Nurul Shuhada

“Assalamualaikum kepada rakan media, clients dan sahabat-sahabat yang sedang menghubungi saya. 

“Saya minta maaf sangat kerana tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ini. Saya sedang terima rawatan di hospital. Saya akan beri kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan. Doakan saya kuat,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Kemelut rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan ramai sejak beberapa minggu lalu apabila Hafidz dikatakan telah curang dan menjalin hubungan dengan wanita lain. 

Selepas itu dia dilaporkan telah menceraikan Nurul Shuhada menerusi panggilan telefon dan dalam proses untuk memfailkan perceraian di mahkamah.  – Getaran, 3 Mac 2023