Datin Shahida lega anak tak merepek jawab soalan wartawan -“Dia cakap jujur, dari hati..”

LocalFamily & Parenting
26 Sep 2025 • 5:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Sri Shahida Rashid akui lega apabila anaknya, Ammar Ahyan tak merepek jawab soalan wartawan sewaktu ditemu bual selepas Majlis Hi-tea bersama pengeluar zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Instagram will load in the frontend.

Lega Ammar Ahyan jawab soalan wartawan dengan jujur

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Shahida mengakui pada awalnya berasa risau untuk melepaskan anak sulungnya itu seorang diri ke majlis tersebut kerana bimbang Ammar tidak dapat menjawab dengan cermat ketika ditanya media selepas selesai majlis.

Namun begitu, beliau berasa lega apabila Ammar mampu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik dan jujur tanpa menokok tambah cerita.

“Bila lepaskan dia sorang sorang masa majlis zakat tu risau jugak sebenarnya. Risau boleh ke dia bawa diri. Biasa kalau apa apa event mama atau papa pasti ada. Kita tau wartawan akan tanya banyak soalan.

“Tapi alhamdulillah lah dia tak cakap merepek repek,” ujarnya.

Ammar Ahyan jawab soalan wartawan tentang minatnya

Datin Shahida turut berkongsi temu bual Ammar Ahyan bersama media yang menjelaskan minatnya dalam bidang lakonan dan mengidolakan selebriti Sharnaaz Ahmad serta mahu membantu ibu bapa dalam bidang perniagaan.

image is not available

Bila jawab hal syarikat terus macam CEO

Perkongsian Datin Shahida tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet di media sosial apabila rata-rata memuji didikan pasangan usahawan berkenaan kerana Ammar Ahyan dilihat mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin.

Mereka juga kagum dengan sikap yang ditonjolkan remaja terbabit kerana cukup berhemah dan sangat sopan dalam bertutur kata.

image is not available

Jawapan dia matang untuk umur dia

image is not available

Bagus betul sikap Ammar Ahyan

image is not available

Terdahulu, Ammar Ahyan telah mewakili ibu dan bapanya dalam majlis tersebut memandangkan syarikat mereka antara pembayar zakat perniagaan terbesar separuh tahun ini di Selangor.

Sumber: Instagram shahidadherbs