Ammar Ahyan Mengaku Takut Nak Cakap Dengan Datuk K, Komen Izara Aishah Mencuit Hati – “Kitorang Anak-Anak Pun Takut”

EntertainmentFamily & Parenting
26 Sep 2025 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pasangan usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida mewakilkan anak sulung mereka, Ammar Ahyan untuk menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM900,000 baru-baru ini.

Menerusi TikTok, Ammar telah berkongsi video ketika dia menghadiri majlis Hi-Tea bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dianjurkan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Turut hadir, biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa dan Ammar berkesempatan bertemu dan duduk bersebelahan dengan pasangan tersebut.

Saya duduk sebelah Datuk Seri Khalid tetapi takut nak cakap dengan dia.

Bagaimanapun, komen pelakon Izara Aishah yang merupakan menantu kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K mencuri perhatian dan membuat ramai terhibur.

Kata aktres tersebut, bukan hanya Ammar tetapi ahli keluarga juga turut berasa segan dan takut untuk berborak dengan Datuk K di rumah.

Kami semua (anak-anak) pun takut Ammar. Tidak tahu kenapa takut juga.

image is not available

Sesetengah individu pula berseloroh mengatakan Datuk K juga turut berasa takut untuk berkomunikasi dengan Ammar dan disebabkan itu usahawan berkenaan’sibuk’ dengan telefon.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, cara Ammar mengulas tentang video tersebut dan tindakan spontannya tanpa sengaja membelakangi Raja Muda Selangor juga membuatkan netizen terhibur.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-09-26 11:56:03

"Saya Tidak Mahu Filem Komedi" - Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi, Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi