Dato’ Azizulhasni Mara Ke Suku Akhir Keirin Kejohanan Berbasikal Dunia

9 Aug 2023 • 10:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dato’ Azizulhasni Mara Ke Suku Akhir Keirin Kejohanan Berbasikal Dunia

Pelumba basikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang berjaya memenangi Pusingan Pertama acara Keirin dalam Kejohanan Berbasikal Dunia UCI 2023 sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh beliau sendiri melalui satu hantaran berserta video di laman Facebooknya hari ini.

Melalui hantara tersebut, Dato’ Azizul yang mesra disapa sebagai Dato’ Jijoe menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T atas kejayaan tersebut.

“Alhamdulillah. Tabarakallah, saya memenangi pusingan pertama bagi acara Keirin dan akan berentap pada peringkat seterusnya,”

Kejayaan ini seterusnya telah melayakan beliau untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu, peringkat Suku Akhir.

Pada akhir kenyataan, Dato’ Jijoe meminta orang ramai untuk mendoakan kejayaannya pada peringkat seterusnya,

“Tolong doakan saya bagi menempuhi peringkat yang seterusnya,”

Berita lanjut bakal menyusul

Sumber: Azizulhasni Awang via Facebook