Datu Anif-Nuraqilah hanya perlu 15 minit di Kuantan

25 Jun 2026 • 9:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Datu Anif-Nuraqilah hanya perlu 15 minit di Kuantan
Datu Anif dan Nuraqilah garang di Kuantan.

 

BEKAS ketua bersama skuad remaja negara, Datu Anif Isaac Datu Asrah dan Nuraqilah Maisarah Ramdan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mara ke pusingan kedua acara beregu campuran Pusingan Kedua Kejohanan Badminton Kebangsaan Bawah 21 Tahun (B-21) BAM 2026, selepas aksi cemerlang di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pahang, di Kuantan di sini.

 

Pasangan berusia 19 tahun itu, yang mengetuai skuad negara pada Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Indonesia tahun lalu, hanya mengambil masa 15 minit untuk menewaskan Heng Zi Hin dari Negeri Sembilan dan Christine Lam Mei He dari Pulau Pinang.

 

Pilihan bersama kelima/kelapan itu mencatat kemenangan 15-9, 15-9 sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan kedua, di mana mereka akan berdepan Daniel Tan Ying Enn dari Johor dan Vashnika Gopinath dari Putrajaya esok.

 

Daniel dan Vashnika mara tanpa perlu beraksi selepas menerima kemenangan percuma (walkover) daripada pasangan Terengganu, Doni Muhammad Razin Aqeef dan Siti Nuraminah Abdullah.

 

Sementara itu, pilihan utama, Wee Yee Tern dan Tan Zhing Hui dari BAM, menerima bye pada hari pertama kejohanan.

 

Pasangan pilihan kedua, Goh Shu Xuan dari Negeri Sembilan dan Lee Jia Qi dari Selangor pula terpaksa bekerja lebih keras untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

 

Berdepan pasangan Pulau Pinang, Muhamad Adam Haris Muhamad Safarol dan Giovanna Koay Yi Shyuan, mereka dipaksa beraksi hingga ke set penentuan sebelum mencatat kemenangan 12-15, 15-13, 15-4.

 

Shu Xuan dan Jia Qi akan bertemu pasangan Kedah, Kieshen Sai Rao Nyanaprakash Rao dan Lau Xin En pada pusingan kedua.

 

Pasangan dari Kedah itu mara selepas menewaskan wakil BAM, Saufi Muhammad Fakhrul Hakim dan Auni Fatihin Azuan, 15-12, 15-12.

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved