
KUALA LUMPUR – Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, difahamkan tidak sihat dan terpaksa menjalani pemeriksaan di hospital selepas mengalami sakit dada serta batuk sejak semalam.
Perkara itu dikongsikan anaknya, Evarizarina menerusi akaun TikTok, memaklumkan ayahnya terlalu risau memikirkan kes melibatkan Allahyarham Zara Qairina sehingga menjejaskan kesihatan.
“Check up jantung. Dari semalam daddy sakit dada dan batuk-batuk. Doktor kata banyak fikir dan banyak risau yang buat lagi daddy teruk. Mohon doa untuk ayahanda saya,” tulisnya.
Doa dan sokongan warganet
Situasi itu mencetuskan reaksi ramai netizen yang meluahkan doa dan rasa simpati terhadap peguam berkenaan.
Seorang pengguna A. Raman menulis “Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Dato’ sihat seperti sedia kala dan semua penyakit yang ada dalam diri Dato’ mohon Allah taala angkat jauh-jauh. Aamiin.”
Seorang lagi Ertina Asli pula menambah “Kena check in ward baru Dato’ boleh rehat. Kesian Dato’ terlalu fikirkan kes Zara. Semoga diberi kesihatan yang baik.”
Penghargaan atas perjuangan
Tidak ketinggalan, ada juga yang menghargai perjuangan Ahmad Zaharil dalam menegakkan keadilan buat Allahyarham Zara Qairina.
Seperti komen Umie_Syirah “Air mata saya jatuh tengok Dato’. Moga Allah permudahkan semua urusan dan terima kasih kerana membela arwah Zara Qairina.”
Ahmad Zaharil sebelum ini antara peguam lantang yang mengendalikan kes melibatkan kanak-kanak malang itu, sekali gus menjadi perhatian ramai. – The Malaysian Update
The post Datuk Ahmad Zaharil Tidak Sihat, Netizen Luah Doa dan Simpati appeared first on The Malaysian Update.

