Peguam Dedah Sebab Datuk Ram Singh Wakili Tertuduh Kes Zara Qairina – “Bukan Tak Nak Tolong Tapi…”

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 10:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial mengenai pendedahan peguam terkenal, Dato Ahmad Zaharil yang tampil memberi penjelasan mengenai barisan peguam yang mewakili tertuduh bagi kes adik Zara Qairina.

Beliau yang sememangnya dikenali sebagai peguam yang sering ‘membela’ orang berkemampuan turut digesa untuk mewakili keluarga Zara.

Namun begitu, menurut Dato Zaharil, peguam atau pengamal undang-undang dari Semenanjung tidak dibenarkan mewakili sesiapa di Sabah dan Sarawak.

Pengamal undang-undang dari Sabah dan Sarawak boleh beramal di Semenanjung namun perkara sebaliknya tidak boleh terjadi kecuali dengan pengecualian.

Terdahulu, nama Datuk Ram Singh menjadi tumpuan gara-gara penglibatannya dalam kes tersebut dan mewakili tertuduh yang pertama.

Datuk Ram Singh yang berasal dari Sabah itu sememangnya dikenali kerana sering mengendalikan isu-isu dan kes yang berprofil tinggi di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-22 09:38:48

Letak 'Background' Lagu Cindai , Caprice Dedah Polis Datang Rumah Saudara - "Dengar Ni, Korang Akan Tahu Kes Apa.."