Datuk Bandar Dikecam Kahwini Remaja 16 Tahun, Siap Beri Jawatan Penting Kepada Ibunya

Entertainment
29 Apr 2023 • 2:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki yang juga Datuk Bandar dikecam orang ramai selepas dia berkahwin dengan seorang peserta ratu cantik berusia 16 tahun, sebelum melantik ibu dan ibu saudaranya ke jawatan penting.

Hissam Hussein Dehaini, 65, datuk Bandar Araucaria, sebuah majlis perbandaran di negeri Parana, Brazil, dilaporkan telah mengumumkan keluar parti selepas tindakannya itu mendapat kecaman.

Menurut sumber, dia telah berkahwin dengan remaja bernama Kauane Rode Camargo pada bulan lalu.

Terdahulu, Kauane yang juga merupakan seorang pelajar sekolah menengah telah menyertai pertandingan Miss Araucaria, dalam kategori remaja (untuk perempuan berumur 15 hingga 17) dan berjaya mendapat tempat kedua.

image is not available
Daily mail

Lapor sumber, sehari selepas perkahwinan mereka pada 12 April lepas, ibu Kauane, Marilene Rode telah dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Kebudayaan Araucaria. Manakala ibu saudaranya, Elizangela Rode, dilantik menjadi pesuruhjaya di dewan bandar raya.

Difahamkan, Hissam mendiamkan diri di media sosial sejak perkahwinan itu berlangsung pada 12 April. Pejabat Pendakwa Raya Parana (MPPR) melaporkan pihak mereka akan melakukan siasatan terperinci berkenaan isu ini.

Untuk rekod, menurut Kanun Sivil Brazil, lelaki dan perempuan berumur 16 tahun boleh berkahwin jika mendapat kebenaran ibu bapa atau wakil yang sah.

Kredit: Harian Metro

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article