Datuk, cucu hilang ketika periksa bot di sungai

LocalFamily & Parenting
24 Mar 2026 • 10:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi SAR dua mangsa dilakukan pasukan BBP Keningau di kawasan sungai Pagalan.
image is not available
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan di kawasan tebing sungai.

KENINGAU - Seorang lelaki warga emas bersama cucunya dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika memeriksa bot di Sungai Pagalan berhampiran Taman Bersatu di sini pada Selasa.

Mangsa, Fredoline Yariki, 60, dan cucunya dikenali sebagai Idan, 7, hanya disedari hilang selepas anak kepada warga emas tersebut mencari mereka di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, berdasarkan maklumat daripada saksi, kedua-dua mangsa turun ke sungai berkenaan sekitar jam 9.35 pagi.

"Mereka turun ke sungai untuk mencuba bot tetapi apabila saksi pergi ke sungai tersebut sekitar jam 11 pagi, kedua-dua mangsa tidak kelihatan di kawasan berkenaan.

“Hanya barangan milik mangsa ditemui ditinggalkan di atas batu, termasuk beg peribadi, bot, enjin bot serta gelen minyak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

**media[3471340]**

Beliau berkata, susulan itu, saksi segera melaporkan kejadian tersebut untuk mendapatkan bantuan.

"Seramai lapan anggota digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Keningau dan sebaik tiba, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilakukan di kawasan tebing sungai.

"Bagaimanpun, sehingga kini kedua-dua mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.