'Tiada petunjuk baharu' - Operasi SAR penyelam hilang di Pulau Tenggol ditangguh

22 Mar 2026 • 10:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi pencarian ditumpukan di sekitar lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang dan kawasan perairan berhampiran.

DUNGUN - Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) penyelam yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol di sini pada Jumaat lepas.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan operasi pencarian ditumpukan di sekitar lokasi terakhir Tam Peng Hoong, 66, dilaporkan hilang dan kawasan perairan berhampiran.

"Operasi mengesan mangsa ditangguhkan pada lewat petang berikutan keadaan semasa dan akan disambung esok,” menurut kenyataan itu.

Maritim Malaysia memaklumkan operasi SAR melibatkan pelbagai agensi termasuk Maritim Malaysia melalui aset bot peronda Perkasa 49 dengan lima kru dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi bot peronda PSC 25 melibatkan empat anggota.

Operasi turut dibantu komuniti penyelam tempatan membabitkan Tenggol Coral Beach Resort dengan 15 penyelam dan masing-masing enam penyelam daripada Tenggol Dive Buddy Dungun dan Ocean Dream Dungun. - Bernama