Datuk, cucu maut tercampak

3 Jul 2022 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Seorang lelaki warga emas dan cucunya maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran Kampung Palas di sini pada Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Alim Akai, 62, dan cucu lelaki yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan12 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada jam 10.46 pagi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dan motosikal jenis Honda yang dinaiki kedua-dua mangsa.

image is not available

"Ketika tiba di lokasi, kedua-dua mangsa berketurunan Orang Asli itu didapati berada dalam semak dipercayai tercampak akibat pelanggaran itu.

"Kedua-dua mangsa yang tidak sedarkan diri bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, kenderaan yang dinaiki empat individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan terbalik namun tiada yang tersepit.

"Pemandu dan penumpang terselamat. seorang daripada mereka mengalami kecederaan pada bahagian muka dihantar mendapatkan rawatan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 11.50 pagi," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved