Datuk ditahan bantu siasatan kes langgar cucu

LocalFamily & Parenting
23 Jul 2026 • 7:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Datuk ditahan bantu siasatan kes langgar cucu

GURUN – Seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kematian cucunya akibat dilanggar lori di Kampung Bukit Kuang, di sini pagi tadi.

Lelaki yang juga datuk kepada mangsa berusia dua tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Sungai Petani, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, permohonan reman terhadap warga emas itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi esok.

Menurutnya, reman diperlukan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas lelaki berkenaan didapati negatif dadah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dilanggar lori yang dipandu datuknya ketika kenderaan itu sedang mengundur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi di pekarangan rumah mereka, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan. – KOSMO! ONLINE

The post Datuk ditahan bantu siasatan kes langgar cucu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved