Polis Tahan Suspek Kes Cubaan Samun Van Keselamatan, Senjata Berjaya Dirampas

23 Jul 2026 • 10:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam cubaan samun van keselamatan serta melarikan senjata api milik pengawal keselamatan di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang pada Isnin lalu.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Shah Alam, Selangor pada jam 11 pagi tadi hasil operasi khas yang dijalankan Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Senjata api berjaya dirampas

Menerusi kenyataan Polis Diraja Malaysia di media sosial, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar menyatakan, dalam kejadian 20 Julai lalu, suspek dipercayai cuba menyamun kenderaan syarikat keselamatan yang membawa wang tunai sebelum merampas senapang jenis ‘pump gun’ milik pengawal keselamatan dan melarikan diri menaiki motosikal.

“Susulan itu, satu operasi khas telah dilancarkan oleh Bahagian D9 JSJ Bukit Aman dan pasukan serbuan berjaya merampas semula selaras pump gun jenama Mossberg bersama sebutir peluru 12 bore daripada suspek.
“Turut dirampas ialah sepucuk pistol pelepas olahraga jenama Ekol Lite bersama 48 butir peluru blank,” katanya dalam kenyataan malam Khamis.

Image from: Polis Tahan Suspek Kes Cubaan Samun Van Keselamatan, Senjata Berjaya Dirampas

Suspek ada rekod jenayah lampau

Menurut Kumar, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan bersenjata yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di hadapan mahkamah esok,” katanya.

Image from: Polis Tahan Suspek Kes Cubaan Samun Van Keselamatan, Senjata Berjaya Dirampas

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM)

The post Polis Tahan Suspek Kes Cubaan Samun Van Keselamatan, Senjata Berjaya Dirampas appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved