‘Datuk Faez tak lokek, selalu turun padang’

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Datuk Faez tak lokek, selalu turun padang’

SEREMBAN – Keprihatinan bekas Penyelaras Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak dalam mendengar dan membantu permasalahan rakyat terus dihargai penduduk, termasuk penerima bantuan rumah, Mohd. Azmi Din, 62.

Mohd. Azmi berkata, usaha Ahmad Faez yang sentiasa turun padang mendekati masyarakat dan mengambil berat kesulitan penduduk memberi makna besar kepada keluarganya, terutama selepas melalui tempoh sukar apabila terpaksa menumpang di rumah abang selama lima hingga enam bulan.

Menurutnya, bantuan rumah menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah Program Baiti Jannati memberi kelegaan besar selepas sekian lama berdepan kekangan tempat tinggal.

“Gembira memang tidak dapat nak cakap, saya sangat bersyu­kur. Sebelum ini saya bersama keluarga terpaksa menumpang di rumah abang di Kampung Lam­bar.

“Bantuan yang diberikan ini sangat bermakna kepada kami. Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Faez kerana banyak membantu orang kampung dan sentiasa turun padang mende­ngar masalah penduduk,” kata­nya ketika ditemui di Kampung Kilang Padi di sini.

Mohd Azmi berkata, rumah berkenaan kini menjadi tempat perlindungan baharu buat ­ yang terdiri daripada isteri dan tujuh anak berusia lingkungan 20 hingga 15 tahun.

Beliau berkata, tanpa bantuan yang disalurkan, keluarganya mungkin masih berdepan kesukaran untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa.

“Kalau tidak menumpang, ke­adaan tentu lebih sukar. Saya berharap Datuk Faez terus diberi peluang dan mandat untuk terus membantu penduduk di kawasan ini kerana beliau banyak mengambil berat masalah rakyat,” katanya.

Bantuan rumah tersebut me­rupakan antara usaha kebajikan yang dilaksanakan melalui kerjasama CSR TNB di bawah Program Baiti Jannati, dengan menyediakan pembinaan rumah secara percuma kepada penerima yang dikenal pasti.

Sementara itu Ahmad Faez, yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Labu, berkata agenda kebajikan rakyat antara menjadi tumpuan utama menerusi pendekatan mendekati masyarakat serta mencari penyelesaian terhadap isu yang dihadapi penduduk.

“Di DUN Labu, sebanyak dua buah rumah telah diusahakan menerusi program CSR TNB berkenaan, selain empat buah rumah lain yang dibina melalui inisiatif Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan.

“Usaha ini bukan sahaja memberi kediaman lebih selesa kepada penerima, malah mencerminkan komitmen ber­terusan kepada penduduk,” jelasnya.

The post ‘Datuk Faez tak lokek, selalu turun padang’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved