Datuk Goh Hwan Hua, Pengasas Bersama MYAirline Ditahan Bantu Siasatan Isu Wang Haram

18 Oct 2023 • 1:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Datuk Goh ditahan malam tadi oleh pihak polis

Datuk Goh Hwan Hua, Pengasas Bersama MYAirline Ditahan Bantu Siasatan Isu Wang Haram. Polis mengesahkan pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd Goh Hwan Hua ditahan malam tadi bersama isteri dan anak lelakinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata polis juga dapat kebenaran untuk menahan reman ketiga-tiga individu itu selama empat hari bermula hari ini.

image is not available
Datuk Goh Hwan Hua, Pengasas Bersama MYAirline Ditahan Bantu Siasatan Isu Wang Haram. Sumber: FMT

Goh, 57; Neow Ean Lee, 55, dan Goh Tze Han, 26, ditahan di kediaman mereka di Shah Alam semalam, lapor Sin Chew.

Goh Hwan Hua ditahan bantu siasatan gubah wang haram

Ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan syarikat itu menggantung operasinya serta-merta akibat “cabaran kewangan signifikan”.

Dalam emel dalaman yang dilihat FMT, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ia “meneroka semua jalan perkongsian berpotensi dan penjanaan modal” untuk menyelamatkan perniagaannya.

Baca lagi artikel menarik: