Polis sahkan penahanan pengasas bersama MYAirline, Goh Hwan Hua bersama 2 ahli keluarga

18 Oct 2023 • 1:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Polis sahkan penahanan pengasas bersama MYAirline, Goh Hwan Hua bersama 2 ahli keluarga

azan

18/10/2023 - 13:17

KUALA LUMPUR 18 Okt - Polis mengesahkan penahanan pengasas bersama dan pemegang saham majoriti MYAirline Sdn Bhd, Goh Hwan Hua bersama dua ahli keluarganya semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Yoosuf berkata, polis telah mendapatkan reman empat hari bagi ketiga-tiga suspek.

Ketiga-tiga mereka ditahan di kediaman mereka di Shah Alam semalam, lapor Sin Chew Daily.

Mereka ditahan bagi memudahkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

BACA JUGA: MYAirline gantung operasi mulai 12 Oktober 2023 sehingga penstrukturan, permodalan semula syarikat

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan bahawa ia telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta kerana "cabaran kewangan yang teruk".

Hwan Hua memiliki firma swasta Zillion Wealth dan Trillion Cove Holdings, yang masing-masing mempunyai kepentingan 88% dan 10%, dalam syarikat penerbangan itu.

Baki 2% saham dimiliki oleh Rayner Teo, yang telah berundur sebagai ketua pegawai eksekutif awal minggu lalu atas sebab kesihatan. - DagangNews.com