CelcomDigi hari ini telah mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat tersebut, Datuk Idham Nawawi akan meletakkan jawatan beliau pada 31 Ogos 2025. Menurut beberapa laporan akhbar, perletakan jawatan ini dilakukan atas sebab peribadi.
Datuk Idham Nawawi memegang jawatan sebagai CEO syarikat telekomunikasi Celcom Bhd pada tahun 2018 sebelum gabungan kedua-dua Celcom dan Digi pada penghujung tahun 2022, dimana beliau memegang jawatan CEO sekali lagi sehingga kini.

Ia turut dilaporkan bahawa Timbalan Ketua Pegawai Syarikat, Albern Murty yang menyertai CelcomDigi setelah gabungan kedua-dua gergasi telekomunikasi tersebut akan menggalas jawatan sebagai pemangku CEO syarikat apabila Datuk Idham Nawawi meninggalkan jawatan tersebut kelak.
Albern Murty juga merupakan CEO untuk syarikat telekomunikasi Digi selama tujuh tahun sebelum gabungan kedua-dua syarikat ini. CelcomDigi turut mengesahkan bahawa Datuk Idham Nawawi akan mengambil tempat sebagai penasihat syarikat selepas perletakan jawatannya sehingga 30 November 2025.



![“Ada kerja? Saya lapar” – [VIDEO] Wanita Sebak Tengok Warga Asing Makan Bersila Depan Rumah & Minum Air Paip](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)