
KIULU: Parti Bersatu Sabah (PBS), meletakkan parti terbabit sebagai pemangkin kepada pembaharuan dan berdaya tahan berasaskan parti tempatan di negeri itu, yang menjadikan kekuatan mereka sejak dahulu bermula akar umbi.
Ketua Penerangan dan Ketua Bahagian PBS Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, parti itu kekal bertahan sejak tahun 1985 dan tidak pernah tewas di Kiulu, menunjukkan rakyat terus menyokong prinsip perjuangan mereka.
“Sebagai parti politik tempatan Sabah yang paling lama bertahan, PBS di Kiulu memberi inspirasi kepada ‘kebangkitan’ penguasaan parti tempatan di Sabah,” katanya sambil menegaskan bahawa sejarah parti itu menunjukkan kekal relevan hari ini dan tidak bergantung pada kejayaan lampau.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bercakap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian Ke-40 parti itu, Joniston berkata, legasi PBS adalah peringatan kepada semua ahli dan penyokong supaya mengikut peredaran masa, mendengar suara rakyat dan kekal berpijak dalam perjuangan parti.
Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki merasmikan AGM bagi mewakili pemangku presiden parti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Turut hadir, Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Jahid Jahim dan Datuk Seri Dr Yee Moh Chai; Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Janih Bangud dan Ketua Bahagian Star Kiulu, Terence Sinti.
Joniston, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, mengulas lanjut bahawa Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pernah menyamakan sokongan akar umbi Kiulu yang tidak berbelah bahagi dengan semangat ‘Kiulu Charge’ dan kini, perlu diperkaya dengan idea segar dan keterangkuman yang lebih besar.
“Walaupun beliau bercakap melalui perspektif Kiulu, beliau berkata semangat yang dijunjung di kawasan itu mencerminkan intipati yang sama dengan PBS seluruh Sabah.
“Beliau juga menegaskan bahawa peranan PBS dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melangkaui sebagai rakan kongsi yang lain.
“Dalam mana-mana gabungan, kekuatan sebenar terletak pada kestabilan dan keharmonian. Sebagai rakan kongsi utama dalam GRS, sumbangan PBS sentiasa untuk menjaga kestabilan dan keharmonian dalam gabungan.
“Tetapi jangan ada salah faham. Kesetiaan tidak bermakna menjadi ‘yes boss’.
“Di Kiulu dan seluruh Sabah, semangat ketabahan kami tetap sama dan mereka yang benar-benar memahami PBS tahu bahawa kesetiaan kami tidak pernah buta, tetapi dibina atas rasa hormat yang diperolehi,” tambahnya.
Sehubungan itu, Joniston menegaskan komitmen parti adalah untuk memastikan suara tempatan kekal sebagai nadi dalam membuat keputusan, terutamanya ketika Sabah mengemudi transformasi ekonomi, sosial dan politik.
