Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid

LocalPolitics
21 Aug 2023 • 9:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.46 pagi Isnin.

KUALA LUMPUR - Suami penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada jam 8.46 pagi Isnin.

Beliau dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Khalid yang lebih dikenali sebagai Datuk K, hadir dengan memakai kot berwarna hitam bersama seorang lagi individu.

Ahmad Zahid, 70, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved