Datuk Nash Kemalangan Motosikal Selepas Pulang Menunaikan Solat Isyak, Terima 52 Jahitan

1 Oct 2026 • 9:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi rock legenda, Datuk Nash, 67, berdepan kemalangan ketika menunggang motosikal pulang dari surau selepas menunaikan solat Isyak.

Menurut Nash, kejadian berlaku ketika keadaan hujan selepas dia mengikuti ceramah di surau sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Advertisement
View this post on Instagram

“Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar yang membantu saya malam tadi.”

“Alhamdulillah… saya hanya mengalami kecederaan luaran di bahagian kepala, manakala pemeriksaan dalaman mendapati tiada yang serius.”

Nash memaklumkan dia menerima 24 jahitan di kepala dan 28 jahitan di dahi kiri susulan kemalangan tersebut.

Dia pada awalnya dikejarkan ke Hospital Shah Alam sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta.

Nash yang popular menerusi lagu Pada Syurga Di Wajahmu turut memaklumkan mata kirinya masih belum dapat dibuka buat masa ini.

nash

“Minta maaf kerana saya tidak dapat buka mata buat masa ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Nash turut menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Nash dilaporkan sebak apabila seorang rakannya menghubungi Ustaz Syed Putra dan Datuk Awie yang sedang mengerjakan umrah untuk menyampaikan kata-kata semangat serta doa buatnya.

Sementara itu, keluarga Nash meminta agar penyanyi berkenaan diberikan ruang untuk berehat dan tidak membenarkan kehadiran pelawat buat masa ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Datuk Nash Kemalangan Motosikal Selepas Pulang Menunaikan Solat Isyak, Terima 52 Jahitan2026-09-30 15:22:38

Tomok Cari Bekas Pemain Bass New Boyz, Syuk Selepas Berbelas Tahun Terputus Hubungan

The post Datuk Nash Kemalangan Motosikal Selepas Pulang Menunaikan Solat Isyak, Terima 52 Jahitan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved