Datuk Red cari kerja di TikTok? -“Rezeki demi anak2 dan bayar hutang”

26 Mar 2024 • 4:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Perkongsian suami kepada penyanyi terkenal, Adira Suhaimi, Datuk Red cari kerja di TikTok telah menjadi perhatian memandangkan namanya tular baru-baru ini berhubung isu rumah tangga bersama dua isterinya.

Harap ada yang sudi membantu

Menerusi hantaran yang dibuat, Dato’ Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu menyatakan misinya mencari pekerjaan dan berharap agar ada yang sudi membantu.

image is not available

Datuk Red cari kerja di TikTok, demi rezeki anak2 dan bayar hutang

Jelasnya di ruangan komen, tindakan yang dibuat bertujuan untuk mencari rezeki buat anak-anak serta membayar segala hutang yang tertunggak.

Dia juga tidak segan silu bertanya lebih lanjut berkenaan kekosongan kerja yang ditawarkan warganet di media sosial.

image is not available

Datuk Red cari kerja di TikTok, ramai doa supaya kembali bangkit

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada usahawan itu agar kembali bangkit setelah beberapa isu yang melanda dirinya.

Mereka juga berdoa agar urusan Datuk Red dipermudahkan dan mendapat pekerjaan bagi membolehkannya mendapat pendapatan untuk menyelesaikan urusan-urusannya.

image is not available

Ada yang beri kata2 semangat

image is not available

 

Sabar hadapi ujian

image is not available

Tak pasti akaun betul atau bukan

Setakat ini, kesahihan akaun TikTok berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada benar-benar milik Datuk Red atau sekadar akaun palsu sahaja.

Namun, dapat dilihat yang dia menjawab komen netizen dengan menyatakan bahawa akaun TikTok terbabit adalah miliknya selepas ada yang meragui kesahihan tersebut.

image is not available

 

Terdahulu, isteri pertama dan kedua Datuk Red iaitu Datin Red atau nama sebenarnya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim dan Adira telah menfailkan penceraian terhadap usahawan itu.

Walau bagaimanapun, keputusan kedua-dua isteri kepada Datuk Red bukanlah satu komplot dan masing-masing mempunyai sebab tersendiri untuk berpisah.

Sumber: TikTok dato..red