“Harap Ada Sudi Memberi..” – Untuk Tanggung Anak-Anak & Bayar Hutang, Datuk Red Kini Mencari Kerja?

26 Mar 2024 • 3:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform TikTok, suami kepada penyanyi terkenal, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red memaklumkan kepada orang ramai kini dirinya sedang mencari pekerjaan.

Mahu bayar hutang, tanggung anak-anak

Kata Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, dia mahukan pekerjaan ketika ini kerana mahu membayar hutang dan juga menampung perbelanjaan anak-anaknya.

image is not available

Malah sempat mendoakan rezeki warganet yang membantunya diperluaskan dengan mengikutinya di platform TikTok itu.

Netizen terkejut Datuk Red minta pekerjaan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila mendapati Datuk Red membuat hantaran sedemikian kerana sebelum ini dia mempunyai kehidupan yang senang.

Bagaimanapun, ramai juga yang memberi cadangan agar Datuk Red membuat live TikTok terlebih dahulu sebelum dirinya mendapat pekerjaan tetap yang lain.

Dalam pada masa yang sama, netizen turut sempat meninggalkan kata-kata semangat buat individu tersebut untuk kekal kuat dalam hadapi ujian hidup ketika ini.

image is not available

image is not available

image is not available 1 week ago

"Tuntutan Cerai Ini Bukan Keputusan Saya" - Isteri Pertama Datuk Red Nafi Cerai Sebab Suami Jatuh Miskin