
Timbul khabar angin yang mengatakan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sudah jumpa pengganti bernama Ika yang berasal dari Terengganu. Siap ada yang kata mereka bakal berkahwin tak lama lagi. Biar betul?
Menurut laporan mStar, Datuk Red akhirnya tampil memberitahu apa yang diperkatakan itu hanyalah gurauan saja dan mengakui wanita itu hanya rakan biasa saja.
Jika siapa yang sering mengikut saya di sosial media pasti tahu ia hanya gurauan sahaja. Sekadar untuk hiburkan hati sendiri dan follower.
Ika itu pun hanyalah kenalan saya. Tak perlulah saya nak komen. Tiada apa yang serius pun.
Bukan tu jer, Datuk Red juga berkata yang dia kini dalam fasa memperkukuhkan perniagaan yang diusahakan saja dan belum tumpukan fokus untuk mencari teman hidup lagi.
Hidup saya pun tidak tentu arah. Saya mahu perbetulkan diri saya dahulu dan tidak terfikir pun nak cari pengganti. Siapalah yang mahukan lelaki bankrap seperti saya ini.
Saya juga perlu menghormati tempoh edah sekarang ini. Siapalah yang mahukan lelaki bankrap seperti saya ini.
Bekas suami kepada Adira Suhaimi itu juga mengatakan yang dia masih melakukan perniagaan secara online di dalam kereta saja dan belum ada tempat tinggal tetap.
Saya mahu cari tempat tinggal yang betul-betul sesuai dan dekat dengan kedua-dua bekas isteri supaya mudah meluangkan masa bersama anak-anak ketika hujung minggu.
Salah seorang bekas isteri beritahu dia bakal berpindah rumah, jadi saya tunggu dahulu sebelum dapatkan tempat tinggal yang sesuai.
Kredit: mStar


![Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![“Anugerah Terindah”- 11 Tahun Menanti, Akhirnya Pasangan Dikurniakan Cahaya Mata [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)