
Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu jarang kena kecam tapi disebabkan tindakan spontan dia mengucup kepala bekas isteri ketika siaran langsung di TikTok membuatkan dirinya dikecam.
Adira Suhaimi yang sedar dengan kecaman itu bagaimanapun tidak mahu memanjangkan isu ini. Ini kerana, orang yang menonton siaran langsung itu turut dapat melihat reaksi wajah Adira yang tidak selesa dilakukan seperti itu.
Adira mahu kekalkan hubungan baik dan membantu Datuk Red…
Saya rasa semua orang boleh nampak reaksi saya itu tapi kalau boleh saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara ini.
Saya enggan memanaskan perkara itu kerana ia tak mendatangkan faedah pun kepada saya. Niat asal saya cuma ingin membantu sahaja.
Datuk Red dan Adira sebelum ini membuat siaran langsung bersama anak tiri Adira iaitu Awin yang kemudian turut terkejut melihat tindakan bapanya.
Kredit: mStar


