
Datuk Red Gembira, Adira Beri Peluang Kedua
Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red hari ini tampil berkongsi lebih lanjut status hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Memetik laporan Astro Gempak, Datuk Red berkata dia merasa amat gembira dan bersyukur apabila diberi peluang kedua oleh penyanyi tersebut.
“Bila dah tua-tua ni bercinta rasa macam di awan-awangan. Dah berapa bulan saya tunggu pelawaan, dan dia (Adira) buka peluang untuk saya.
“Macam saya nak cari lain memang tak ada dah. Alhamdullilah Adira beri saya peluang. Kalau ikutkan Adira rancang nak rujuk semula pada hujung tahun.
“Saya dah bincang dengan abang sulung dia sebab dia wali, lagipun satu Malaysia dah tahu kedudukan kewangan saya, jadi saya perlu stabilkan dulu perkara itu,” jelasnya seperti yang dilaporkan dalam Astro Gempak.
Keluarga Adira sentiasa menyokong hubungan mereka
Malah, Datuk Red juga mendedahkan bahawa keluarga Adira sentiasa memberi sokongan kepada mereka berdua. Oleh itu, dia mengakui akan melakukan yang terbaik untuk menjaga hubungan tersebut selepas ini.
“Keluarga Adira memang selalu menjodohkan saya dengan dia. Lebih-lebih lagi kakak Adira (Emma) memang mengalakkan kami bercinta semula.
“Alhamdullilah atas bantuan dia perkara itu jadi balik. Dah tua-tua ni saya pun yak nak buat kesilapan, sebab saya rasa saya tak boleh ada isteri lebih daripada satu.
“Jadi kali ini saya nak fokus dekat seorang sahaja dan lancarkan kerjaya saya serta selesaikan hutang-hutang saya,” katanya lagi.
Datuk Red dan Adira dikurniakan 4 cahaya mata dari hasil perkahwinan mereka
Menurut Astro Gempak lagi, Datuk Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015. Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai talak satu pada 24 April lalu.
Sepanjang hubungan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang berusia setahun.
Sumber: Astro Gempak
The post Datuk Red Gembira, Adira Beri Peluang Kedua appeared first on Siakap Keli.


