“Mohon doa semoga saya bangkit & kuat” – Bekas Suami & Adira Kembali Bercinta, Ini Respon Datin Red

Entertainment
23 Jul 2024 • 4:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya iaitu Datuk Red kembali mencuri perhatian ramai apabila dikatakan serius mahu kembali bersatu sebagai suami isteri.

Menurut media, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, sudah pun bertemu dengan keluarga Adira untuk membincangkan mengenai perancangan perkahwinan semula mereka itu.

@rozieyanti

semoga dipermudahkan urusan tok n ami amin #abgred #adirasuhaimi #doayangbaikbaik #fypシ゚viral @abg red @adirasuhaimi.AMI

♬ Sayang – pakeka project

Di sebalik berita gembira itu, ada yang tertanya-tanya mengenai perasaan dan hati bekas isteri pertama usahawan berkenaan yang dikenali sebagai Datin Red.

Menjawab persoalan netizen, Datin Red atau Sharifah Norshafila berkata dia berada dalam keadaan baik dan mahu memulakan hidup baharu selepas sah bercerai pada Mei lalu.

“Saya hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja dan saya mohon doa semua semoga saya dapat bangkit dan kuat.

“Saya nak mulakan kehidupan yang baru,” katanya.

Datin Red menjelaskan dia belum lagi ada pengganti dan ketika ini mahu fokus pada diri sendiri dan anak-anak sahaja.

image is not available

Difahamkan, Datin Red kini sedang berjinak-jinak menjalani perniagaan jamu bagi menampung kehidupannya.

“Hidup saya sama sahaja cuma yang beza tiada suami. Saya masih belajar dan perlukan sokongan ramai,” kongsinya.

Sekadar info, Sharifah berkahwin dengan Adnan pada tahun 2005 dan mereka memiliki lima orang cahaya mata.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.