Datuk Red Maklum Bakal Nikah Baru Julai Ini – “Saya Nak Kahwin Sebab Ada Yang Kata Saya Tak ‘Move On'”

LocalEntertainment
25 Jun 2026 • 10:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red, mengesahkan bakal menamatkan zaman dudanya apabila akan mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya pada Julai depan.

Advertisement

Memetik laporan mStar Online, Datuk Red berkata majlis pernikahan mereka akan berlangsung secara sederhana di Kuala Lumpur dengan hanya memberi tumpuan kepada acara yang wajib.

“Ya InsyaAllah bulan 7 nanti. Saya buat dekat KL, ringkas-ringkas saja. Buat majlis nikah saja,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Red memaklumkan bakal isterinya dikenali sebagai Rohanita, seorang usahawan dan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.

Datuk Red

Menurutnya, hubungan mereka bermula atas urusan perniagaan sebelum semakin rapat sehingga mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Malah, dia turut mengakui tertarik dengan sikap Rohanita yang mudah memahami dirinya, terutama dalam aspek perniagaan.

“Saya jatuh cinta sebab dia cepat faham perangai saya. Kita sama-sama berniaga. Berborak pasal perniagaan. Jarang borak pasal bercinta. Kami memang fokus berniaga.”

“Saya kenal dia dalam tahun ini juga. Asalnya dari tolong reviu barang dan berniaga, lama-lama kami berkenalan dan akhirnya nak berkahwin,” katanya.

Mengulas mengenai keputusannya untuk berkahwin semula, Datuk Red berkata ia sekali gus membuktikan dirinya sudah melangkah ke hadapan daripada kisah silam.

Beliau juga bersyukur kerana bakal isterinya sanggup menerima dirinya dalam apa juga keadaan, termasuk ketika berdepan kesukaran hidup.

“Saya nak kahwin sebab ada yang kata saya belum move on. Jadi saya buktikan dengan berkahwin dengan wanita ini. Alhamdulillah dia terima saya seadanya. Terima di saat saya tak ada apa-apa. Saya kahwin bukan sebab nak minta tolong bayar hutang, saya hanya nak berniaga dengan dia,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

neelofa2026-06-24 13:46:46

Neelofa Sah Hamil Anak Ketiga, Peminat Teruja - "Dia Kena Beranak Banyak, Baka Elok"

The post Datuk Red Maklum Bakal Nikah Baru Julai Ini – “Saya Nak Kahwin Sebab Ada Yang Kata Saya Tak ‘Move On'” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved