Datuk Red nekad cerai Adira dalam live, 'naik angin' didakwa warganet tak move on & gila talak

LocalEntertainment
24 Apr 2026 • 6:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Datuk Red nekad cerai Adira dalam live, 'naik angin' didakwa warganet tak move on & gila talak

PENYANYI Adira diceraikan menerusi siaran langsung di TikTok oleh bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu pada malam Khamis.

Menerusi video tular, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menafikan dakwaan dia ‘gila talak’ susulan tindakannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya, penyanyi Adira.

Bapa berusia 48 tahun itu menjelaskan, tindakannya adalah semata-mata bagi mendapatkan pengesahan sama ada lafaz rujuk yang dibuat pada tahun 2024 adalah sah dari segi undang-undang.

“Aku akan bicara pada 25 Jun 2026. Kalian nak kata aku wayang ke apa lantak, apa yang aku cakap ini kalian boleh simpan boleh rekod.

"Kalian kata aku tak move, aku gila talak ke apa ke. 25/6/2026 jika rujuk aku sah, automatik saya Adnan bin Abu ceraikan Siti Adira binti Suhaimi dengan talak satu," tutur yang diasak warganet.

Dalam pada itu, Datuk Red menjelaskan dia sebenarnya boleh melafazkan cerai secara terus di luar mahkamah, bagaimanapun memilih untuk mengikut saluran undang-undang bagi mengelakkan sebarang tindakan atau denda.

"Aku kalau boleh nak ceraikan cepat, tapi benda itu tak boleh lepaskan. Tak fasal-fasal kena lafaz cerai depan kalian," katanya.

Bekas isteri pertamanya, Syarifah Nor Shafila atau dikenali sebagai Kak Pila yang turut menyertai sesi live berkenaan yang dilihat cuba menenangkan keadaan.

“Jahat lagi ke aku? Aku dah lepaskan dia. Aku cuma nak mengesahkan rujuk aku sahaja. Kalau rujuk aku sah, aku akan ceraikan dia. Kalau rujuk aku tak sah, tak sahlah.

"Aku minta pengesahan sahaja, bukannya aku minta dia rujuk dengan aku. Kalau aku cerita bab RM100,000 nanti orang gelak. Nanti semua aib terbuka,” kongsinya dalam keadaan beremosi.

Dalam masa yang sama, Kak Pila dilihat menasihati Datuk Red agar tidak terlalu membaca komen negatif dan fokus kepada cara terbaik untuk menyelesaikan perkara tersebut melalui saluran yang betul.

Adira terdahulu meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa usahawan itu meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai syarat membatalkan kes pengesahan rujuk yang sedang berlangsung.

Penyanyi Sayang Orang Sama itu juga mendakwa Datuk Red mahu saman sivil berkaitan tuntutan hutang digugurkan.

Datuk Red terdahulu memfailkan memfailkan pengesahan rujuk Disember lalu Mahkamah Syariah Gombak Barat.

Untuk rekod, Datuk Red dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April 2024 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 2.

Datuk Red turut menceraikan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.

 

 

View Original Article