Datuk Red standby jika 2 bekas isteri ajak rujuk, reda kalau mereka kahwin lain

23 Jun 2024 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Datuk Red standby jika dua bekas isteri ajak kembali rujuk selepas masing-masing berpisah pada tahun ini.

Menerusi siaran langsung di platform TikTok sambil mempromosikan prosuk jualannya, Datuk Red turut memaklumkan yang dirinya tidak akan berkahwin jika kedua-dua bekas isteri belum berkahwin lagi.

“Selagi janda saya tak kahwin, selagi itu saya tak kahwin. Maknanya saya dalam mode ‘standby’, saya tunggu je ‘offer’ mereka. Tapi kalau mereka dah kahwin..nak buat apa lagi,” ujarnya.

Datuk Red standby jika bekas isteri ajak rujuk

Dalam pada itu, Datuk Red atau nama sebenarnya, Adnan Abu, 46 menyatakan yang tujuannya mahu berkahwin adalah untuk mempunyai teman apabila hari tua nanti.

Jelasnya, dia enggan menyusahkan anak-anak jika sudah mulai sakit pening sewaktu usia senja, dan hanya mahukan teman dalam melalui kehidupan tersebut.

“Saya fikir nak kahwin ni hanya untuk sakit pening ketika tua nanti. Takkan saya nak menyusahkan anak-anak saya..takkan saya nak menyusahkan adik-adik saya. Itu sahaja,” tambahnya.

image is not available

Datuk Red standby, ramai doakan

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ramai yang medoakan agar Datuk Red kembali rujuk dengan bekas isterinya.

Mereka juga memberikan kata-kata semangat supaya usahawan itu terus berdoa agar bekas isterinya kembali terbuka hati untuk menerimanya semula.

image is not available

 

Semoga ada jodoh untuk Datuk

image is not available

Semoga dipermudah segala urusan

 

image is not available

Terdahulu, Datuk Red dan penyanyi terkenal, Adira Suhaimi telah sah bercerai talak satu pada April lalu manakala turut berpisah dengan isteri pertama, Sharifah Sharifah Norshafila, 38, pada Mei 2024.

Sumber: TikTok araeira259