Datuk Seri Vida Menangis Tonton Video Abang Bas, Percaya Dia Penyayang

LocalEntertainment
22 Sep 2024 • 12:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Isu mengenai pemandu bas sekolah yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ terus menjadi bualan ramai. Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, turut tampil bersuara tentang perkara ini melalui hantaran TikTok.

Abang Bas seorang yang penyayang, kata Datuk Vida….

Dalam video yang dikongsi, Datuk Vida menangis selepas melihat Abang Bas memeluk ibunya sebaik dibebaskan dengan jaminan.

Hati saya sebagai ibu, bila tengok dia cium ibunya dua kali, saya tahu dia seorang yang penyayang.- Kata Vida.

Datuk Vida juga percaya tindakan Abang Bas yang didakwa berkaitan dengan isu seksual sebenarnya disebabkan kasih sayangnya terhadap kanak-kanak.

Abang bas sebelum ni dalam pengakuannya mendakwa tidak mengetahui maksud sebenar perkataan ‘crush’. Datuk Vida juga turut mengaku tidak tahu maksud sebenar perkataan ‘crush’ yang digunakan oleh Abang Bas.

Saya rasa perkataan ‘crush’ sedap disebut, tapi saya tak tahu maksudnya.- Katanya lagi.

Datuk Vida turut berterima kasih kepada peguam yang mewakili Abang Bas dan berharap agar undang-undang menentukan keadilan dalam kes ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved