Walaupun ramai yang mengecam TikToker ‘Abang Bas’ berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak, ada segelintir pihak percaya apa yang berlaku sebenarnya hanya salah faham sahaja.
Semalam, ahli perniagaan sensasi, Dato’ Seri Vida atau Vida, turut berkongsi pandangan yang beliau merasakan ‘Abang Bas’ sebenarnya seorang penyayang, berdasarkan video tular yang menunjukkan lelaki itu memeluk dan mencium ibunya selepas diikat jamin.
Isu itu juga menarik perhatian pelakon, Abby Abadi, yang bersetuju dengan pandangan Vida.
“Ya betul, Dato’ Seri Vida sependapat dengan saya. Biarlah orang nak kata apa pun. Saya yakin Abang Bas tak berniat seperti yang digembar-gemburkan.
“Cepat sangat sesetengah pihak itu berprasangka. Semoga Allah bantu dia selesaikan kes ini sebaiknya. Aminn,” katanya.
Terdahulu Abang Bas dibebaskan dari tahanan selepas pihaknya berjaya membayar ikat jamin berjumlah RM40,000.
Media turut melaporkan, pihak Abang Bas berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu termasuk selebriti yang didakwa telah memfitnahnya di media sosial.
The post ‘Saya yakin Abg Bas tak berniat, cepat sangat berprasangka’ – Abby Abadi appeared first on The Reporter.


