Datuk usia 88 tahun memandu kereta sendiri ke pusat mengundi

LocalPolitics
11 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Datuk usia 88 tahun memandu kereta sendiri ke pusat mengundi
Said Kamit, 88, masih mampu memandu sendiri ke pusat pengundian walaupun sudah berusia.

JOHOR BAHRU - Faktor usia bukan penghalang buat seorang pesara untuk terus menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi apabila memandu sendiri kereta ke pusat mengundi pada Sabtu.

Said Kamit, 88, berkata, dia datang bersendirian dengan memandu kereta Perodua Kancil ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Universiti 2, Skudai bagi membuang undi.

Menurutnya, dia masih mampu memandu sendiri walaupun sudah berusia dan gembira kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Saya datang seorang dan memandu sendiri ke pusat mengundi. Alhamdulillah, saya masih boleh memandu walaupun sudah berusia.

"Saya gembira kerana sudah menunaikan tanggungjawab. Harap calon pilihan saya menang dan menjadi wakil rakyat di kawasan ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.

Said yang berasal dari Pontian dan kini menetap di Taman Universiti berkata, sepanjang hayatnya dia hanya dua kali tidak mengundi ketika zaman mudanya.

Beliau turut meluahkan rasa gembira melihat kehadiran orang ramai di pusat mengundi, termasuk warga emas dan golongan muda yang sama-sama keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Seronok tengok ramai orang datang mengundi. Warga emas dan anak muda pun sama-sama keluar tunaikan tanggungjawab," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved